Aku + Novel = ? ? ? ? ? ? ?
MANTERA HITAM
- Sinopsis - Ceritera tentang kembara alam nyata dan fantasi bermula dengan permainan Semangat Duit oleh remaja-remaja yang senantiasa kepingin untuk mencuba sesuatu yang baharu..perkenalan mereka di sebuah jambori unit berunifom membuka sayembara kisah ini…kelebihan yang dianugerahkan oleh Illahi kepada kenalan mereka yang dapat melihat ‘dunia yang satu lagi’ memungkinkan pengembaraan ini….gaya sembah pencak silat yang digambarkan amat menghiburkan….peperangan antara kebenaran dan kebatilan berterusan semenjak tercetusnya di langit pada waktu Adam AS dahulu…berjayakan gerombolan mujahid kebenaran? Ampuhkan benteng kebatilan?
Ulasan/Komen - Jalan cerita yang baik…penceritaan yang santai dan mudah untuk diasimilasi…membaca novel ini seumpama mengimbau kembali ceritera novel trilogi Ramlee Awang Ramlee yang menghidangkan elemen-elemen mistik, paranormal, alam yang satu lagi, dunia persilatan dan dakwah Islamiah…cuma lenggok gaya persembahan yang sedikit berbeda….tidak hairanlah jika ia mampu berbekas di dalam hati yang sememangnya dambakan klise yang sebegini…cumanya, penghujung novel yang boleh dikira post-klimaks seakan menjunam terus…umpamanya tergantung…sedikit kecewa terasa…namun, dibujuk hati dan intuisi kuat mengatakan bahawa ia bakal muncul kesinambungannya sedikit masa lagi….sementelahan, penulisnya juga perlukan jangka waktu untuk menzahirkan ilhamnya kepada suatu penceritaan yang bakal mengujakan pembacanya dari buah tangannya yang pertama…tak gitu?! Apa pun….selamat membaca….beli jangan tak beli! baca jangan tak baca! ![]()
no comments yet.
