Aku + Novel = ? ? ? ? ? ? ? ?

Posted on 16 February, 2009 by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

BUJANG SENANG : LAGENDA SEBUAH CINTA

  • Sinopsis - Sebuah novel klasik yang mengisahkan bagaimana Bujang Senang sebagai seorang peranakan Pusa, Saribas berjuang menentang kejahatan dan kemungkaran demi membebaskan tanahairnya daripada cengkaman kekufuran dan penindasan sekutu Iblis Laknatullah…dendam yang tiada kesudahan berlaku sedari beberapa keturunan sebelum kelahirannya lagi…kembara ceritera ini menyelongkar segala punca pertelingkahan yang berlaku dek manusia yang menyekutukan Yang Maha Esa dek bujukan Iblis Laknatullah….berbekal ilmu enteng duniawi dan ukhrawi yang diperturunkan oleh guru di pesantren di Tanah Jawa, Bujang Senang bersama Wali Kiya mengharungi hiruk pikuk dalam menegakkan Syiar suci dan mengembalikan ketenteraman di muka bumi Illahi ini…..
  • Ulasan/Komen - Novel klasik yang dipersembahkan mengikut citarasa penulisnya, Dr Idris Boi….masih mengekalkan elemen-elemen seperti pencak silat, kembara, syiar Islamiah dan kejahatan Iblis Laknatullah…imbauan masa lampau yang kerap kali digunakan mungkin boleh ‘membunuh’ konsentrasi pembaca yang perlu benar-benar ‘menjelmakan’ ceritera ini secara maya dalam kotak pemikiran…namun, ia merupakan suatu teknik dan cubaan yang menarik…selingan tersebut sedikit sebanyak dapat mencantumkan ‘cebisan-cebisan’ sandiwara yang cuba diketengahkan dalam ceritera ini…ia mampu membawa pembaca bukan sahaja menikmati pembacaan tetapi juga menjana kreativiti minda untuk ‘bekerja’ menjana jalan ceritanya…bagus…sesuai untuk mereka yang suka ‘menjana’ gambaran melalui minda!

Aku + Novel = ? ? ? ? ? ? ?

Posted on by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

MANTERA HITAM

  • Sinopsis - Ceritera tentang kembara alam nyata dan fantasi bermula dengan permainan Semangat Duit oleh remaja-remaja yang senantiasa kepingin untuk mencuba sesuatu yang baharu..perkenalan mereka di sebuah jambori unit berunifom membuka sayembara kisah ini…kelebihan yang dianugerahkan oleh Illahi kepada kenalan mereka yang dapat melihat ‘dunia yang satu lagi’ memungkinkan pengembaraan ini….gaya sembah pencak silat yang digambarkan amat menghiburkan….peperangan antara kebenaran dan kebatilan berterusan semenjak tercetusnya di langit pada waktu Adam AS dahulu…berjayakan gerombolan mujahid kebenaran? Ampuhkan benteng kebatilan?

Ulasan/Komen - Jalan cerita yang baik…penceritaan yang santai dan mudah untuk diasimilasi…membaca novel ini seumpama mengimbau kembali ceritera novel trilogi Ramlee Awang Ramlee yang menghidangkan elemen-elemen mistik, paranormal, alam yang satu lagi, dunia persilatan dan dakwah Islamiah…cuma lenggok gaya persembahan yang sedikit berbeda….tidak hairanlah jika ia mampu berbekas di dalam hati yang sememangnya dambakan klise yang sebegini…cumanya, penghujung novel yang boleh dikira post-klimaks seakan menjunam terus…umpamanya tergantung…sedikit kecewa terasa…namun, dibujuk hati dan intuisi kuat mengatakan bahawa ia bakal muncul kesinambungannya sedikit masa lagi….sementelahan, penulisnya juga perlukan jangka waktu untuk menzahirkan ilhamnya kepada suatu penceritaan yang bakal mengujakan pembacanya dari buah tangannya yang pertama…tak gitu?! Apa pun….selamat membaca….beli jangan tak beli! baca jangan tak baca! :-)