Penghujung Nokhtah

Posted on 11 August, 2006 by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

 

Penghujung Nokhtah

Pengakhiran Sesuatu
dan Permulaan Baharu?

Sering kali aku dibuai mainan
minda yang membelenggu. Tiap tatkala saat untukku lenakan sinar mata,

kan

pasti mindaku
menerjah segenap inci mainan fikiranku. Bukan sehari dua, tetapi telah kian
lama ia bagai sebati dengan diriku. Mainan-mainan yang membuai mindaku acap
kali berkisar tentang penyaksian oleh mataku, pendengarn oleh telingaku akan
peristiwa semasa.

Dewasa ini, sogokan pasca medium
akan norma-norma luaran kian pesat berkembang di bumi tanah tumpah darahku.
Acap kali kedengaran kebejatan itu kebejatan ini yang bagai tegar untuk lupus
dan umpama riak suburnya. Bertambah-tambah lagi dengan kekusutan dan kebejatan
kepimpinan dan kepincangan

sana

sini yang menggoyahkan institusi bernama kerajaan. Tidak lupa juga akan
kealpaan pelbagai yang melanda akar umbi naugannya.

Kegoyahan pendirian dan
ketidakstabilan integriti personal insan mudah mekar tatkala ada ura-ura untuk
menyuburkannya kembali. Apa-apa pun usaha itu layak mendapat pujian walaupun
usahanya dilihat agak sukar dan mustahil. Akan tetapi, sekiranya ada usaha
bersepadu dan iltizam yang jitu

kan

pasti apa sahaja yang diimpikan menjadi kenyataan.

Sering kali kita tatap dan
dengari akan suara-suara yang memperjuangkan sesuatu kepentingan dan kewajaran.
Namun, suara itu hanyalah suara-suara yang hanya mampu bersuara tetapi tiada
tindakan terhadapnya dapat dilaksanakan. Sebagaimana sedia maklum, dewasa ini,
segala perjuangan atau dominasi hanyalah untuk kepentingan satu-satu pihak sahaja,
tidak dipedulikan bahana yang terjadi akibat kerakusan untuk memperkasa diri
sendiri.

Kepentingan kelas bawahan terus
menjadi mainan dan perjudian yang bagi sesetengah golongan merupakan bahan
sandiwara dan hiburan tatkala diri kebosanan dan kecanduan idea. Usaha menjadi
tarikan utama perhatian umum menjadi alasan utama tindakan di luar batas norma
kehidupan yang sanggup dilakukan asalkan menjadi tumpunan yang mengiurkan.

Kemelut dalaman yang melanda
tiada dapat dirungkai dengan baik. Telahan pula mahu merungkai kemelut luaran
dan menjadi pak sanggup dalam usaha mewartakan diri yang terbaik. Usah
dipandang buruknya kejadian lain sehingga buruknya diri diperbetul dan
diperbaiki. Usahkan meredakan ledakan kebejatan dalaman, malah menambahkannya
lagi.

Amalan-amalan dan norma-norma
murni sudah seakan-akan luput kiranya umpama rapuhnya keropok. Bila-bila sahaja
bisa dikotak-katikkan sesiapa. Contohilah saudara-saudara dan jiran-jiran kita
yang gigih meredah onak ranjau biar berduri berapi perit sekalipun, tiada akan
mereka luntur dalam mempertahankan maruah dan jati diri mereka.

Usah mengaduh tatkala bencana
menimpa dek keangkuhan dan keegoan menebal dalam diri. Biarlah kita berusaha
membina diri kearah yang lebih baik serta menerima kritikan dan teguran untuk
kebaikan sejagat. Biarlah orang mengata kerna bicara orang tiada tertahan oleh
sesiapa.

Imbaulah kisah sejarah dan
peristiwa lampau untuk dijadikan ikhtibar dan pedoman buat hari-hari mendatang.
Contohi dan teladani pekerti yang baiki-baik. Jauhilah kerosakan yang mampu
membawa keruntuhan diri. Selamilah hati nurani dan acap kalilah bersemuka
dengan kendiri agar dapat kita hendaknya memperkasa diri dari segala macam
cubaan, dugaan dan perit getir kehidupan. Jadilah insan yang tabah, berbudi
bahasa, kaya dengan sifat-sifat murni sejajar dengan tuntutan fitrah. Biarlah kisah-kisah
lalu berada dipenghujung noktah. Bukalah lembaran baru dengan iltizam yang
lebih ceria, segar dan selesa untuk generasi baru perintis anjakan paradigma
ini.