Puisi Kasih Gurindam Jiwa

Posted on 16 February, 2006 by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

    Andai seru memanggil sukma
    Maka kan ketemu dua jiwa
    Kasih bertaut bersemilah cinta
    kala terbit suria kian ceria
       
        Andai takdir pemisah segala
        Jangan dipersalah akan sesiapa
        Kerna mendung awan tiada ketetapan
        Percaya akan kembalinya sinar suria
   
    Andai tika membujuk hati
    Biar disadur penuh hikmah
    Agar sejahtera cinta tersulam
    Antara dua jiwa bersatu hati

Enspirionsi Andika IV

Posted on by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

Tika warta ini direncahkan, penat perkelanaan masih terasa. Sedari awal pagi lebih kurang jam 8 aku bernagkat pulan dari kampunga halaman menuju destinasi pengajianku. Sudah lima hari aku merehatkan diri dari segala aktiviti pengajianku. Bermula Hujung minggu yang lalu, aku berangkat ke Muadzam Shah, arena jejakku ke alam keremajaan. Tujuan cuma mengambil sijil penilaian yang kian lama tertunda pengambilannya. Cuma kini, tika itu diberi kekuatan dan ketabahan untuk mengecapinya.

Tindakan itu hanya mungkin tika waktu persekolahan cuma. Seraya itu aku berpakat dengan sahabatku agar aku dapat menginap sementara di rumahnya. Nyata sekali rancangan atau percaturanku tidak sia-sia.  Oleh kerna itu, operasiku hanya bermula tika waktu menunjukkan kala pagi Isnin bersamaan 13 Febuari 2006. Seakan tiada aura yang mengerikan tikaku ketemu apa yang dihajati. Seawal perancangan, operasi dilaksanakan tika perhimpunan mingguan diadaka. Namun, jangkaaanku meleset, tika mana perhimpunan tersebut telah pun selesai.

Apa-apa pun, operasi pertama telah berjaya. Detik waktu yang berlalu bagaikan pemangsa yang tidak kunjung jemu memburu mangsanya. Atas alansan perkelanaanku yang masih panjang dan kekhuatiranku terhadap emosi cuaca yang tidak stabil, lantas saja aku tinggalka lapangan memori keremajaanku. Nun terus aku meluncur, menuju destinasi selera yan satu - kampung halamanku…..(Iklan sekejap…jeng..jeng…jeng…)

Kerehatan yang dikurnaikan kepadaku ini aku gunakan untuk berkunjung ke rumah sanak saudara yang tika mana kala Aidilfitri lalu tiada sempat daku lawati. Aku gagahkan jua iltizam dan ragaku untuk memenuhi kewajipanku sebagai sanak saudara.

Hari itu; Selasa, dua ekor ayam ternakan menjadi korban buat santapan seisi keluarga. Sebahagian daripadanya dijadikan juadah untuk hari itu. sebahagian lainnya untuk bekalanku tika perkelanaan pulang ke pusat pengajianku. Sekebetulan kembalinya daku ke kampung, sebahagian juadah itu tadi dibungkus dan dihantar ke rumah datukku. Seawal perancangan, aku mau saja membawa bonda ke rumah datuk menyusuri jalan hutan. Namun apakan daya, banjir memaksaku membawa bonda bersama juadah itu melalui jalan besar.

Aku gembira melihat kelibat datukku. Walau kesihatannya ada pasang surutnya, namun dalam usia 90an ini tiada apa yang mustahil. Aku asyik bermain dengan empat ekor anak kucing yang baru. Seawal sampainya tadi sudah kuterpa anak-anak kucing tersebut. Comel. Sebelum meninggalkan Halaman rumah datuk, sempat jua aku dan bonda menjengah sisa petai yang masih berbaki di hujung tualang. Jering di pohonnya masih segan-segan berisi walau pun rumpunnya rimbun.

Aku dan bonda menuju ke rumah sanak-saudaraku yang lain. Terus memecut menuju destinasi. Tidak tergambar ras yang berkecamuk di jiwa. Tidak banya bual bicaraku di sana cuma menziarahi sepupuku yang sudah lama terlantar akibat kemalangan. Raut wajahnya jelas menampakkan riak-riak gembira tatkala aku menjengah. Tangan dihulur, aku menerimanya dengan hati terbuka. Asyik sungguh di menonton cereka. Sembpat jua aku berbual bicara sepatah dua dengannya. Hanya gerak kepala, senyuman terukir dan tarian jemari mampu dibalas memandangkan ketidaupayaannya untuk berbicara. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Aku harus bersyukur.

Aku pohon permisi darinya dan berjabat tangan tanda penguduran diri. Masih berbaki satu destinasi lagiyang ingin dituju. Waktu tika itu sudah pun menunjukkan tika jam 7 malam. Lantas aku dan bonda memohon diri untuk beransur pulang. Seraya itu, aku kemudikan mesin dua roda itu menuju destinasi akhir untuk hari itu. Destinasi yang dituju - rumah bonda sudaraku. Khabarnya ada sedikit keuzuran padanya.

Lewat sudah tibanya daku dan bonda ke rumahnya. jelas tampak dia di hadapan pintu berhampiran bilik air. Mudah untuk urusan peribadinya. Aku perkenalkan diriku kepadanya. Kebiasaan orang berumur, sukar mengingati suku-sakatnya. Tampak nyata dari tutur bicaranya kerinduan terhadap anak saudananya ini. Nun jauh di sudut hati, aku terharu. Aku cuba memicit-micit dan mengurut-urut hujung kaki yang diadunya lemah. Seakan ada aura kasih menyelubungiku. Entah dari mana muntahan rasa ini tersembul keluar. Sebolehnya aku ingin dia sembuh segera.
(tamat dah siri nie….muahahaha)

Mengenali Karikator Anda

Posted on 11 February, 2006 by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

Kamu mahu tahu personaliti kamu dan juga teman-teman? Apa kata kamu semak tarikh lahir dan haiwan yang menjadi penaung kamu.

Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus

Januari 25-31 ~ Singa

Februari 01-05 ~ Kucing

Februari 06-14 ~ Merpati

Februari 15-21 ~ Kura-kura

Februari 22-28 ~ Harimau Bintang

Mac 01-12 ~ Monyet

Mac 13-15 ~ Singa

Mac 16-23 ~ Tikus

Mac 24-31 ~ Kucing

April 01-03 ~ Anjing

April 04-14 ~ Harimau Bintang

April 15-26 ~ Tikus

April 27-30 ~ Kura-kura

Mei 01-13 ~ Monyet

Mei 14-21 ~ Merpati

Mei 22-31 ~ Singa

Jun 01-03 ~ Tikus

Jun 04-14 ~ Kura-kura

Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet

Jun 25-30 ~ Kucing

Jul 01-09 ~ Tikus

Julai 10-15 ~ Anjing

Julai 16-26 ~ Merpati

Julai 27-31 ~ Kucing

Ogas 01-15 ~ Monyet

Ogos 16-25 ~ Tikus

Ogos 26-31 ~ Kura-kura

September 01-14 ~ Merpati

September 15-27 ~ Kucing

September 28-30 ~ Anjing 
Oktober 01-15 ~ Monyet

Oktober 16-27 ~ Kura-kura

Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang

November 01-16 ~ Singa

November 17-30 ~ Kucing

Disember 01-16 ~ Anjing

Disember 17-25 ~ Monyet

Disember 26-31 ~ Merpati

Anjing: Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus: Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa: Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing: Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura: Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati: Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang: Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet: Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan

Jadi apa karektor anda?
Benar seperti yang tertera?
Terpulang kepada anda untuk mengakuinya…

Utusan Buat Teman Sezaman

Posted on 10 February, 2006 by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

Akhirnya…tuhan beri kesempatan untukku mewacana tongkah ilham kurniaanNya. Sekian lama juga aku kepingin menggerak wacanaku, namun kesempatan masa yang tiada ijinNya. Namun begitu, aku aku dengan ketetapan itu. Mungkin juga aku bisa kemuka ilham yang bagak kemudian harinya. Mungkin…mungkin tidak.
Kembali kepada edaran hidup…ternyata ia seakan tampak mudah, namun sebenarnya tidak. Ia umpama suatu abstrak yang mencorak lembar kehidupan dengan warna-warna insani atas nama kemanusiaan. Hmm…menarik bukan?..tidak?..ah mungkin aku saja yang mengutara pemikiranku?
Ah…biarkan….kerna itu aku bisa berkalam hingga kini…betulkah aku?
Hari-hari lampau dan mendatang seolah-olah menghubungkanku ke suatu dimensi yang mungkin tidak bisa kau rasai, alami dan sentuhi sebelum ini. Mungkin jua simpulanan persahabatan yang dulunya tersimpul utuh terjalin kembali….mungkinkah?
Enggakku sangka betapa bagaimana harusku salurkan ceramuk perasaan tika sipulan itu kembali terjalin. Mau aja aku lontarkan diriku di atas tahap normal. Aku seperti diawangan mimpi. Kipingin bertemu sahabat lama kembali membara. Andai tidak aku dijodohkan dengan peristiwa ini, bara silaturahim tetap menyala walau sekecil mana pun.

Memori semalam mengunkap memori
Kepalang hati mengerang gembira
Sukma menggigil ghairah girang
Kepingin bertemu sahabat sezaman