Splinter of Integrity

Posted on 23 January, 2006 by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

    On the way walking through
    Rough edges of the horrid life
    Feeling sick…….
    Feeling lonely…..
    Feeling down…..
    But light stick up to my severe soul
    even though I’m vulnerable………….

        Stepping out of time
        Leaving the clock ticking back
        Feeling free…………………
        Feeling pleased……………..
        Feeling concious…………….
        Feeling refreshed……………
        but there’s the stars holding my calm mind
        even though I’m barely resisted

    Sipping in and out
    The air of survival
    Feeling courageous…………
    Feeling alive………………..
    Feeling strong………………
    But within the remote heart
    I’m shivering down to the spine
    Even though unseen by others…

Enspirionsi Andika III

Posted on 4 January, 2006 by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

Jarum jam masih lagi segar berdetik….tika itu aku masih sukar untuk melenakan diri. Pelbagai posisi telah kucuba, namu masih gagal melelapkan mata. Makin lama kubiarkan makin sukar untukku lelapkan diri. timbul tika itu dua pilihan buatku…mengatasi atau membiarkan ianya berlalu pergi. Pengalaman banyak mengajarku tentang pilihan.
Aku termanggu seketika. Merangsang benakku agar menganalisa kesulitan yang timbul dan mengeluarkan logik yang menyeru sistem sarafku bertindak ke atas buah fikiran yang dikeluarkan. Mujurlah logik yang dikeluarkan itu membuatkan aku mampu menghela nafas lega. Semerta itu dedenyut saraf menggerakkan tubuh mugelku seperti perintah logik benakku.
Maka terlahirlah bingkisan ini. Sebetulnya, kian lama sudah kupendam, kuperam, ku’pekasamkan’ lembaran ini untuk tatapan semua. Mungkin gelisahku disebabkan perkara ini…mungkin…tiada siapa yang tahu kecuali diriku sendiri. Kian lama aku mengikuti perkembangan muda - mudi nauhari yang tidak luput dek permasalahan itu dan ini.
Aku tidak bisa mengatakan diriku ini lebih molek daripada sekalian muda - mudi tersebut…jauh sekali. Mungkin hari ini aku bernasib baik kerna tidak tergolong di antara mereka….mana tahu kemudian hari….takdir dan ketentuan milik mutlak Illahi…moga aku dijauhakan dari segala bahana hendaknya. Aku tertarik dengan suatu pendapat.
Akar umbi permasalahannya berpunca daripada ‘krisis identiti’. Suatu pendapat yang boleh diperhalusi jika tidak dipandang enteng. Aku percaya dan yakin…itu mungkin salah satu faktornya. Hendak berbicara tentang identit bukanya bidangku kerna bagi diriku…aku masih lagi dalam proses pembinaan kendiri dan identiti.
Aku masih lagi memerhati gelagat makhluk bernama insan yang mempunyai kelebihan akal fikiran. Aku masih lagi perlu mengambil apa-apa yang elok dan menyahkan apa-apa yang tidak sesuai. Oleh kerna itu, aku sering menjalani komunikasi ‘intrapersonal’ untuk mengenali lebih dekat akan diriku.
Sebetulnya, aku lebih selesa melaksanakan komunikasi ‘intrapersonal’ daripada komunikasi ‘interpersonal’. Pada pengamatan aku.. kedua-dua komunikasi ini penting untuk mengelakkan krisis identiti yang dinyatakan antara punca permasalahan muda-mudi nauhari. Entahlah…itu cuma pendapat aku….mungkin benar…dan mungkin jua ada silapnya.
Yang utama…buat masa ini aku bersyukur kerna masih lagi dilimpah kuniakan Illahi akan kesedaran dan petunjukNya ke jalan yang lurus..syukur. Pengamatan aku menyimpulkan tiga yang utama yang perlu diperbaiki bagi mengatasi masalah muda-mudi nauhari. Pertamanya; Individu terbabit…Ke-duanya; Institusi Kekeluargaan…Ke-tiganya; Persekitarannya.
Muhasabah diri..umpama sesi dialog dengan diri sendiri….aku cuba mengamalkannya agar aku tida tersimpang dari jalan yang lurus. Pernah suatu ketika sewaktu aku di alam persekolahan seorang guru betanyakan pelajarnya akan siapa yang mengimbau kembali amalan yang terlaksana sepanjang hari tersebut sebelum melenakan diri. aku termanggu seketika.
Tika itu salah seorang rakan sekelasku mengiyakan persoalan guruku itu. Aku kagum terhadapnya. Mungkin itu rahsia kecemerlangannya bisik hati kecilku. Sejak peristiwa itu aku cuba mengasimilasikan kaedahnya dalam kehidupanku. Nah…aku terasa seolah-olah semakin hampir dengan diriku. Aku seolah lebih tahu baik buruk kuat dan lemah diriku berbanding dahulu.
Wah…menakjubkan. Namun bagiku, untuk proses komunikasi ‘intrapersonal’ berlaku, aku perlu berseorangan atau berada dalam ketenangan. Kerna itu, aku lebih suka bersendirian. Aku cuba untuk mengenali diriku dengan lebih dekat agar tautan gerak, rasa dan segalanya menjadi lebih perkasa. Kini aku bisa jadi ‘pendengar’ yang setia berbanding ‘penyampai’ yang betah.
Buktinya…lembaran ini dan lembaran-lembaran yang lalu…….
Antara sedar dan tidak buta malam sudah pun celik dan bibir-bibir fajar kian menggigit hulu alam. Ah…sudah hampir siang. Masakan detik jam itu terlalu pantas untukku bicara panjang lebar. Ah…pedulikan detik jam itu…biar kuteruskan isi yang terperam, terjeruk, tersalai sekian lama ini.
Aku amati lagi masalah muda-mudi nauhari…Institusi Kekeluargaan antara tiga yang utama faktor kepincangan muda-mudi nauhari. Sudah muak kulihat dan baca kepincangan institusi tersebut di dada-dada akhbar, di kaca-kaca tv. Tiada satu pun usaha untuk mengatasinya dilaksanakan. Sekurang-kurangnya langkah pencegahan patut dilaksana segera supaya kejadian serupa tidak berulang.
Apalah gunanya pertubuhan-pertubuhan da organisasi-organisasi yang diwujudkan serta undang-undang yang diwartakan jika tidak diguna pakai? Apatah kita mahu melihat suatu lagi kehancuran? Tidakkah sejarah itu memberi seribu satu pengajaran? Atau kita terlalu pintar untuk menafsir makna tersirat dalam suatu peristiwa?…entahlah..terpulang kepada individu itu sendiri.
Aku bimbang sekiranya permasalahan ini berlanjutan dan menyerangku..bagaimana harus kupertahankan diri?…mungkin tiada masalah buatku untuk mempertahankan diriku sendiri..namun bagaimana dengan susur galurku?…mampukah mereka?……renung-renungkanlah……aku cuma menyampai apa yang patut..selebihnya terpulang kepada individu terbabit.
Bukan mengata tetapi sekadar peringatan kepada diriku dan mereka yang ‘peduli’. Aku mengerti bahawa diriku tidak sesempurna Muhammad…oleh itu apatah salahnya jika aku berusaha menyiapkan diriku semolek yang mungkinagar aku punyai pegangan yang utu untuk menghadapi pancaroba akhir zaman…..
Sering kali aku tertanya..apatah mentaliti kita hanya untuk suatu pelarasan sahaja atau seketul kurniaan Illahi itu jika dan hanya jika dipergunakan sepenuhnya akan membuatkan segala permasalahan selesai dan segala perlakuan menurut norma ketentuanNya?….suatu persoalan yang elok direnung-renungkan.
Jika sekiranya segala percaturan insan di muka bumi ini mengikut landasan norma yang sebetulnya, maka persekitaran yang kurang baik tidak sepatutnya wujud. Namun, makhluk bernama insan yang memiliki akal fikiran tidak luput dengan salah dan silap. Kerna itu wujudnya terma ‘ampun dan maaf’. Segala salah dan silap dapat diperbetulkan. Itulah keunikannya, cuma mahu atau tidak
sahaja persoalannya. Tiap insan itu berbeda daripada insan yang lain. namun begitu aku percaya, dalam setiap insan itu pasti ada sekurang-kurangnya satu kualiti yang baik atau indah. Mungkin cuma keindahan insan itu diselubungi kegelapan salah dan silapnya. Kerna itu, jika dan hanya jika keindahan itu digilap dan dirapi sentiasa, maka dengan ijin Illahi kegelapan itu akn pergi.
Begitu jua sebaliknya.
Ah…sayup-sayup kedengaran alunan ayat-ayat suci. Nampaknya wajah-wajah fajar sudahpun mempamerkan dirinya. Detik jam itu seolah-olah mencemburuiku dalam menyusun bicara untuk lembaran kali ini. Aku terpaksa akur akan kehendaknya. Mungkin di lain waktu aku bisa kembali berbicara…menyata luahan terpendam. Biarlah kali ini aku menoktahkan lembar ini di sini.
Moga lebaran mendatang dikurniakan Illahi dengan ilham yang baru untuk tatapan mereka yang ‘peduli’.
Wassalam…