BONDA

Posted on 21 November, 2005 by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

anakanda tertanya-tanya tentang perilaku anakanda…adakah anakanda seorang anak yang baik atau sebaliknya…bonda…bonda…walau jauh manapun anakanda merantau…bonda tetap terpahat di hati…

dikenang-kenag kembali..rupa-rupanya anakanda cuma sempat bersama bonda selama 12 tahun sahaja….kiranya sedari anakanda hadir ke dunia ini hinggalah anakanda tamat pengajian rendah…sedari tiu anakanda terpaksa membina kendiri di rantau orang tidak kira panas tidak kira hujan tidak kira terang tidak kira gelap…anakanda mula membina kendiri tika usia baru mencecah belasan tahun lagi…secara tepatnya..13 tahun…jika dahulunya 12 tahun hidup dengan bonda…segala makan pakai bonda sediakan, kini anakanda mula melakukannya sendiri…mungkin..pada pikiran anakanda…bonda mahu melihat anakanda utuh berdiri sendiri kala hari kehadapan…mungkin bonda tidak mahu anakanda-anakanda bonda gugur menyembah onak ranjau kehidupan tanpa pendirian utuh…mungkin ada sesuatu dari anakanda yang dapat membanggakan bonda kelak….

setahu anakanda..anakanda mungkin paling lama berjauhan dengan bonda…anakanda berjauhan dengan bonda sedari bangku menengah lagi hingga kini…anakanda sedikit tidak puas hati kerana adinda-adinda dan kekanda-kekanda yang lain tidak seperti anakanda…tapi apatah daya anakanda..kehendak bonda anakanda turukan sahaja…ada mungkin kedepan hari akan tampak untungnya tatkala kini cuma kekaburan cuma….

tika mana anakanda pulang menemui bonda tika ada kelapangan cuti…bonda tampak gembira…mungkin tika ini anakanda belum enak mengerti akan kasih bonda terhadap anakanda…cuma yang anakanda perasan…bonda akan cuba memenuhi hajat anakanda terutama perihal santap-menyantap…anakanda memang  gemar akan satapan bonda..juadah-juadahnya cukup membuka selera…ada mungkin anakanda semakin ‘BESAR’ & ‘kembang’

sebut tenteng bonda…cuma satu yang terlintas di benak anakanda…dosa dengan bonda….sesuatu perkara yang anakanda lakukan, ucapkan atau sebagainya mungkin tidak betah mengusik dan meruntun jiwa bonda secara terang-terangan…tetapi secara tersembunyi…secara halus…kalau wujud..anakanda moho ribuan ampun dan maaf…kerana bondalah tempat anakanda bergantung harap, kepada bondalah anakanda mula mengenal dunia ini dan kepada bondalah anakanda mengenal baik dan buruk…..

aduhai bonda….
ampunkan salah silap anakanda…
halakan makan minum anakanda…
berkati kehidupan anakanda…
doakan kesejahteraan anakanda dunia dan akhirat….

Bingkisan Rungkaian Terpendam

Posted on 18 November, 2005 by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

agak lama jugak ingin aku bingkiskan tentang rungkaian ini…namun apatah  daya..aku insan kerdil  punyai ruang batas  waktu  umpama insan lain…cuma kini  aku  berkesempatan  memuntahkan segala-galanya…

aku sering kali bermain kata bicara dengan diriku…aku cuba merenung kembali atau mengungkap persoalan, masalah atau apa saja dengan diriku…aku seolah senang berhadapan dengan diriku berbanding orang lain…kadang kala aku sendiri tidak mengenali diriku sebenar-benarnya…dan aku percaya proses membina diriku belum cukup lengkap apatah lagi mengatakan diriku mampu menghadapi rona sebenarnya tika tiba waktunya nanti…

aku seolah-olah ingin mencari sesuatu…pelengkap dalam diriku..tapi aku tidak bisa mengerti apa yang aku cari…cuma tang pasti aku agak pemalu orangnya…terdahulu, sewaktu zaman sekolah menengah..kemunculan dia merubah segala persepsiku dan dari situ (agaknya) sifat malu itu menguasai diriku…juah di sudut hatiku aku mengaguminya…ingin sekali aku merapatinya sebagai seorang sahabat…namun aku segan..segan teramat sangat..bagai ada jurang yang membezakan aku dan dia..namun aku sedar aku tidak berupaya berhadapan dengannya…senario itu seakan berulang kembali…aku umpama menyanjung tinggi seseorang itu yang aku anggap memiliki suatu kelebihan yang tampak…aku ingin mendekatinya namun segan menguasai diri…aku kekok untuk bergaul mesra dengannya…

aku tidak kisah untuk bertemankan siapa…tetapi kebanyakannya datang kepadaku bukan aku mendatangi mereka…aku agak sukar bergaul tetapi apabila dipelawa..umpama sudah lama berkenalan…mingkin aku sedar yang aku ini belum lengkap menjadi punca…aku seronok dengan sahabat yang sedia ada..aku tidak mahu mereka hanya tinggal mereka…aku merasai sekali…tidak mahu ianya berulang…cukuplah segan aku dengan sahabat seangakatan sewaktu sekolah rendah..tragedinya tidak perlulah diulang lipurkan untuk tatapan umum..biarlah ia menjadi memori lalu pengubat rindu…

aku tidak betah berkata-kata..kekok tika bergaul..namun inilah pengantara bicara seribu bahasaku…aku lebih bisa berbicara dengan diriku…tidak perlu khuatir akan hati-hait yang perlu dijaga…enggak perlu bimbang mengguris rasa…kerna aku sudah merasai, terasa dan akan merasainya selagi adanya insan bernama sahabat…namun aku sudah bisa mematikannya…sudah bisa akan impaknya…cuma mungkin ada tikanya aku tewas juga…hanya bicara dengan diriku penawar sejati….kerna itu aku cuba menghibur hati-hati mereka walau pulangan yang aku terima tidak seberapa malahan lebih teruk…seperti yang aku utarakan..aku sudah lali akan impaknya…hanya aku mampu membujuk kecamuk hati…

tiap kali hati ini membujuk..aku berbicara dengan diriku…menganalisa ungkaian dari pelbagai perspektif..akhirnya aku bisa mengajukan persoalan kembali kepada diriku…persoalan yang hanya mungkin bisa terjawab oleh diriku yang waras…pernah seketika kecamuk hatiku…alasan mungkin tidak perlu aku butirkan perincinya..biarlah aku saja yang mengetahuinya…aku bawa diriku ke suatu sudut..aku mula berbicara dengan diriku…mempersoal kecamukan hati..mempersoal lintasan tindakan yang bakal diambil…mempersoal itu dan ini…hingga akhirnya aku akur yang sememangnya aku tidak sepatutnya berkecamuk hati akan tragedi itu…itulah aku…membujuk hati yang berkecamuk…

pernah seorang sahabatku mengatakan bahawasanya aku bisa mengerjakan apa yang aku enggak bisa kerjakan…mungkin ada benar bicaranya itu…aku sering mengalah…beralah..biarpun aku tidak bisa atau tidak ingin mengerjakannya…pada aku biarlah aku berundur dari melarutkan ketegangan yan ada…banyak sekali peristawa yang berkaitan…jendak dilipurkan akan memakan masa dan sestengahnya sudah aku lupakan…seumpama aku berpuas hati hanya dan hanya jika seorang itu berpuas hati…mungkin…mungkin…mungkin….

apa yang kepingin aku utarakan adalah
i - kualiti apa yang mampu mengangkat diriku
ii - apa baik buruknya bersahabat denganku?
iii - apa yang aku cari..apa pelengkap diriku?
iv - apa ciri istimewaku?
v - apa bezanya aku dengan insan yang lain?
hanya…hanya masa…saat…tika…waktu..tempat…jadi penentu jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut….
hingga kini..aku masih membina diri…mencari pelengkap diri….memperhias diri dengan segala alatan..menghadapi ketentuan-ketentuanNYA…

Nikmat Syawal

Posted on 14 November, 2005 by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

aku kembali ke kampong di Kuala Lipis tanggal 28 Oktober 2005..menuggang moto Honda Wave 110..penat sungguh ‘mengayuh’ wave 110…dr johor ke pahang…~kurang 7-8 jam perjalanan..x da per yg menarik tok diceritakan d sepanjang perjalanan pulang…aku travel ngan 2 orang member lg…bertolak dalam kol 9 lebih. sampai kat Segamat kitorang pecah dua…sorang member aku pi balik Kuantan…tinggal aku nagn member aku sorang lagi. Dipendekkan cerita, aku split ngan member aku yg sorang tu kat simpan nak menghala ke Triang dan Temerloh..maka bermulalah perjalanan solo aku untuk kebali ke kampung halaman berhari raya….time tu dah ~kurang 4 jam perjalanan…aku journey ikut Jerantut - Kerambit - Mela - Tanjung Lipis. Pulak tu on da way hujan lak…redah semacam jer la..dah la hujan time kat jerantut tadi x pit stop isi minyak..dok lah menghitung kilometer nak sampai ke destinasi…akhirnya aku pitstop kat Petronas Kuala Lipis..sepatutnya boleh terus dan pit stop kat Mobil Batu 5..x jauh dengan destinasi yang nak aku tuju..akhirnya detik 5.45pm..tibalah aku ke destinasi yang dituju…lepas siap urusan aku ngan Tuhan..terus aku mem’bonkang’kan diri..penat tahap gaban…alih-alih berbuka kol 9…

Di awal pagi ke-esok-kan harinya, aku membawa bondaku ke pasar membeli bahan. terasa segar skit bila dah hilang penat semalam. tak banyak yang dapat aku katakan tentang apa yang berlaku pada pagi harinya. Petangnya, aku skali lagi membawa bondaku ke rumah saudara/makcik aku menghantar gula dan tepung (yang dah siap dijemur) beserta telor ayam kampung untuk dijadikan kuih bahulu. Bondaku membuat temujanji dengan makcikku itu untuk membuat kuih bahulu pada hari Isninnya. Begitulah alkisah hari pertama di kampung. Petangnya pula abang ku yang berada di Perak selamat sampai bersama keluarganya. Kalau diikutkan..tahun ini sepatutnya hanya orang bujang sahaja yang beraya bersama bonda…akan tetapi disebabkan kesemua adik-beradik belah isterinya hanya bercadang untuk beraya bersama bonda isterinya pada 2 lebaran maka rumah bonda di sinilah yang menjadi pilihan….menariknya lagi..sekembalinya aku dan bonda dari pekan, aku diarahkan untuk mengecat kembali pemerah santan dan mesin kukur kelapa yang telah berkarat..dengan rela hati dan senagnya aku ‘mengerjakan’ kedua-dua peralatan itu dengan lagak seorang artis tersohor…hehehe

Ahad, 30 Oktober 2005 - kitorang sekeluarga bersepakat @ telah dipersetujui untuk membuat @ menyediakan dodol untuk persiapan Lebaran mendatang. Awal-awal pagi lagi mesin kukur kelapa sudah mengaum mencarikkan isi kelapa dari tempurungnya. Abangku menghidupkan api tungku, aku pula mengendalikan pemerah santan…aku bersama abangku mengalihkan kawah ke atas tungku yang tersedia…maka bermulalah episod dodol mendodol…teruskan membaca…

time kitorang letak dodol tue atas tungku api kira-kira pukul 8.45pagi….pastu stat la aktiviti kacau mengacau…kacau dik jangan x kacau..mula2 tue memang mudah, ringan coz sumernye dlm bentuk cecair lagi..cuma gula kabong(cam gula melaka) n gula pasir jerr yg bkn cecair…tapi kene handle ngan asap la..koh..koh..koh..di-short-kan citer…nie time dodol tue dh nak mengeras aka membentuk pepejal…seruh abis tenaga dalam aku…kalo pekene air sirap ais nie mau segar lg..jangan kata 6 jam mengacau..kasi 10 jam pon tak pe…tapi apakan daya..dalam bulan puasa lagi…memang penat sangat…dah lima nam liter peluh mengalir…ter-dehidrat aku…last-last kalo tak silap..dlam kol satu lebih dekat kol 2 aku surrender dah…dah tak larat dah..tenaga dah nak seruh dah…anyway aku berbangga dapat wat juadah untuk Lebaran…aku ngan kakak aku jer yang setia mengacau…2 orang jer beb…

Isnin, 31 Oktober 2005 - Bonda dan kakak aku pergi ke rumah makcikku seperti yang bondaku rencanakan tika kitorang menghantar bahan sabtu lepas…aku pulak coba untuk cover study untuk final dan layan anak-anak nuah aku yang 5 orang tue..budak-budak..macam-macam ragam..naik pusing dibuatnya…hari nie biasa jer…takde aper2 yang istimewa yang berlaku…

Selasa, 1 November 2005 - hari nie kitorang pegi carik buluh lemang kat umah atok kitorang..mulanya aku agak moody coz aku ader skit x puas hati…sebabnya tak perlulah aku perincikan kat sini wat malu aku jerr…ape2 pun aku pegi gak..semangat punya pasal…haa..sampai dah pun…sampai-sampai jer kat umah atok aku..nie anak2 buah aku dok berkejar main kucing…macam nan mampus anak kucing tue dibuatnya..beramuk merebutkan anak kucing nan…tah aku tak pasti berapa ekor…aku turun ke tempat buluh-buluh tersebut ‘dipercatukkan’…aku terus hulurkan tangan membantu…miangnya toksah cakap…buluh-buluh saja yang tahu….pas dapat buluh..aper lagi..kerat-kerat @ partitionkan la ikut saiz lemang…dapat la seguni beras..buluhnya…dah dapat buluh..kitorang pun blah…menariknya…pancing yang abang aku tahan semalam bersama anaknya dah mengena..baung lagi tue..agak besak gak..rezeki..bonda dan abang aku pergi ke rumah makcikku pulak untuk mengambil daun pisang muda…bahan perlu dalam membakar lemang…tiba jer aku di rumah..terus jer aku basuh buluh-buluh lemang tadi..macam sorang pencuci kereta yang pro…siap polish lagi buluh-buluh tu..hehehehe..abis citer

Rabu, 2 November 2005 - paginyer sibuklah jadual aku…aku ditugaskan menjaga lemang yang dibakar agar lemang yang dihasilkan masak dengan sempurna…sebelum tue aku kene siapkan ‘rumahnya’ dulu dan hidupkan api bakar kayu untuk dapatkan baranya….nie satu lagi dugaan hangat nie…nak berdepan dengan bahang api dan bara puntung kayu yang terbakar sewaktu memutar-mutarkan buluh lemang…kali nie aku tak pulak set masa..tapi boleh tahan lama gak..yang penting api dan bara nak kene jaga..kalo tak…kurang sempurna la lemang yang dibakar tadi…anyway dekat zohor baru @ rata-rat tugas aku hampir selesai…penat gaban skali lagi..dah la time balik arie tu tangan aku sun burn..lom kira muka lagi…dugaan…dugaan…yang bestnye malam2 terawih kat kampung diorang buat 8 jer…lepas 4 rakaat diselangi dengan bacaan hadith..beserta penerangan…malam last pulak @ malam raya pulak..lepas isyak..tok imam buat solat sunat tasbih tue seperti yang dijanjikan malam-malam sebelumnya….teringat time buat solat sunat tasbih time skolah menengah arie tue…syahdu nyer….

3 November 2005, Khamis - semangat aku menyambut Lebaran 1426…entah mengapa aku dapat rasakan ketenangan dalam diri hingga naik syok aku melaung takbir memuji Tuhan…syahdu sungguh rasanye…seakan ada sesuatu yang cukup membuatkan perasaan dalaman aku menggelojak keriangan penuh ketenangan…mungkin aku rasa bersyukur terhadapNya kerana memeberikanku nikmat kehidupan ini…