Nilai RM5

Posted on 25 October, 2005 by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

Nilai RM5

Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk di sebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.

Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli.

Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma di depan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar di luar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.

Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman.

Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!

Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.

"Nak apa?!"

Dia terketar terkejut, sedikit berundur.

"Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."

Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng.

Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!

"Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku, tahulah macamana aku nak ajar kau!!"

Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu ditutup rapat.

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai.

Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk elakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!

"Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi.

Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya.

"Kenapa ni? Gila?!"

"Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa, mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit."

Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.

Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan.

Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi di luar sana. Lupakan saja..

Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat-melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi, berlagak seperti fakir. Mungkin..

Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.

" Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?".

Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.

Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.

Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.

"Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sial yang berpura-pura susah. Ambillah semula, nak."

Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.

"Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."

Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.

Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.

*"jika tidak dapat apa yang kita suka…belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.." renungkan….

Kisah harimau, buaya, tikus dan madu

Posted on by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

Kisah harimau, buaya, tikus dan madu

Adalah seorang hamba ALLAH ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi… Jeng!Jeng!Jeng!… bunyi….AAUUUMMMMM!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba ALLAH ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba ALLAH ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba ALLAH Ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa ALLAH diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba ALLAH ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba ALLAH ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba ALLAH ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada ALLAH agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. AAAAA!!!!… Ya ALLAH….. lagilah seram dibuatnya. Nak Tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba ALLAH ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba ALLAH tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh…. cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, Cit!Cit! Cit!Cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu.
Macam mana aku nak buat ni…. habislah jadi mangsa buaya . Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih…Sedang hamba ALLAH tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba….terdengar satu bunyi…. BZZZZZ BZZZZZ… bunyi lebah bawa madu. Si hamba ALLAH ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba ALLAH ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba ALLAH tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. SUBHANALLAH sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba ALLAH tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah. Kalau semua nak tahu , si hamba ALLAH itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah Malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu…,madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.
Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada ALLAH. Waktu susah baru la nak ingat ALLAH.
ASTAGHFIRULLAH…

  1 minit untuk mengingati Allah

Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
> *SUBHANALLAH
> *ALHAMDULILLAH
> *LAA I LAHA ILLALLAH
> *ALLAHU AKBAR
> *ASTAGHFIRULLAH
> *LAA ILAH ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH *ALLAHUMMA
SALLY WA SALLIM WABAA-RIK A’LA SAYYIDINA MUHAMMAD WA A’A-LIHI WA
SAHBIHI AJMA-IIN

Lebaran Dulu2, Sekarang dan Kehadapan

Posted on 22 October, 2005 by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

Sebut pasal lebaran la kan…mesti tak lepas dari imbauan waktu kecik2 dulu…..teringat watu ‘muda2′ dulu….alangkah seronoknye bile time2 cam gini…..habis blues lak layan time2 cam ginik……
Dulu2 waktu budak2 lagi…syok gi rumah orang beraya…..mestilah dapat duit raye..kayo…pokcik kayo….duit melambak….tapi last2 masuk bank gak…mak pak pikir masa depan tue….
Bila usia jer meningkat setahun demi setahun….income yang dapat bukan nak meningkat…merudum lagi ader la….tapi anyway ray tetap raya…raya sakan la katakan…..kuar ngan memember….gi sini..gi sana…sampai dah tak larat nak sapu hidangan yang tersedia…….
mana tak nye…sini hidang itu…sana hidang ini..suma nak pulun…ai jawab nyer ‘membelon’ la badan……..kalo membelon sekata tak pe gak..buatnye mumbuyut jer..kan dah kurang nilai….
Dulu2 time zaman skolah okey la…leh lagi jumpak memember lama…tapi skang nie..bile dah lepas jer zaman peraliahan  tue…memeber lama pon  dah  susah nak  jumpa….
Lebaran dirasakan cam gitu2 jer….kalo dulu api nye beso gaban…skang ader lagi tapi  tak la  se  gah dan semarak yg dulu….tak tau la kenapa tapi yang pasti nyer….memember yang mana dulunye cuma takat darjah nam jer…skang ader yang gaji 4 angke beb…tu to sak crite ah…sebab tue rezki dia Tuhan kasik…rezki cuma Tuhan yang tahu…yang lebih mengejutkan…memember seangkatan belah pompuannyer ader yang dah khawin…dan ada yang dah dapat anak pon(secara sah)…advance(Shell Advance)….mungkin itu sebahagian daripada jalan hidup dan ketentuan yang Tuhan kasik kat diorang….syukur la diorang ditentukan begitu….
Bebalik pasal topik yang diwar-warkan nie….sekarang nie bebudak berayan bukan apa semata-mata nak duit raya jer( ala dulu pun sama…cuma aku skit segan nak mintak)….
Pernah sekali tu datang2 jer.tak sempat menjengah masuk pun terus mintak duit raya….amboi..cantik benor pekerti….sampai aku naik segan lak (tah naper tah)…….
entah la…budak2 bukannye tau aper..tapi se elok2 nye…kene la ada skit tata tertib menziarah tetangga waktu2 cam gini….mana perginye KESOPANAN dan KESUSILAAN…….
tapi aper2 hal…..time2 raya nie la kita ber maaf2an kunjung mengujungi sanak saudara  jiran tetangga merapatkan silaturahim sesama insan…..
Persoalanannya mampukah keharmonian dan ruh lebaran terus memaikan peranannya dengan keperibadian anak2 remaja dewasa ini…….
Bukan mahu meninggi diri atau mengata aku terbaik..tidak..tidak sama sekali…
sekadar ingin direnung-renungkan apa terjadi lebaran mendatang?
semarak dahulukah?
semurung kinikah?
masa dan ketentuan cuma meniti usia kepada ungkapan persoalan…..
berbudikah aku?
bersusilakah aku?
bermoralkah aku?
haluskah pekertiku?
sopankah perilakuku?
santunkah bicaraku?
jumudkah daku?
sabarkah daku?
pemaafkah daku?
bersalahkah daku?
berdosakah daku?
muliakah daku?
sucikah daku?
cuma renung2kan sejenak
imbau2kan seketika
moga2 lebaran kali ini penuh makna
memberi seribu satu kemenangan
S
A
L
A
M

L
E
B
A
R
A
N

1
4
2
6
H
!

M
A
A
F

Z
A
H
I
R

&

B
A
T
I
N
!
!

KEBUJURAN YANG MEMBUTUHI KERIBUTAN

Posted on 12 October, 2005 by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

Dingin bayu
menghembur pesona gemalai sang siang

Riak – riak sang
suria mencengkam gigi – gigi nusantara

Melodi pagi nan
syahdu mencipta rentak balada alam

Tersisip di antaranya
aku membujur rasa yang mendayu

Tatkala rintik –
rintik dara si embun jantan gugur ke pipi

Bak terasa diulit
pesona ghairah serata tubuh kejur ini

Bisa saja aku gerak
bersama lenggok bahasa gemalai tarinya

 

Tika itu mucul pula
terbit sang suria mencucuri alam

Tatkala sang alam
mula bangkit dari kelelapan

Tatkala diri mula
bangun menggapai cita yang pasti

Tika runtun jiwa
menggelodak seribu rasa tak terjawab

Kadang kala kesumaku
terpinggir nun jauh di suatu sudut

Tiada apa bisa butuh
mengerti meski beribu jawapan sekali pun

 

Aku renung kembali
hamparan silam yang menggamit minda

Aku kenang dek
lojakan naluri yang menggilai keanakanku

Bila mana terik suria
tidak terasa nan bahangnya

Kerna alpa akan
keasyikan duniawi yang gamat menggoda

Carik – carik suram tidak
bisa aku bedakan seperti selalu

Umpama rimbun lalang
yang bisa butuh tumbuh melata

 

Lolongan batinku kian
gamat tatkala diri terseksa akan kepinginan

Sangka sang arjuna
akan dunia miliknya berseorangan

Tanpa peduli akan
percaturan siang dan malam

Lantas saja sang
pawana bisa membantah kebujuran ini

Kerna titipan benak
arjuna tersimpang jauh dari nyata

Bingkisan sutra yang
tiada dapat dibisakan kebujurannya

 

Lalu alur sinar senja
mejajah melata alam nan kian suram

Aroma dendangan sang
unggas galak menyair riang

Menyambut pulang sang
gelap melambai pergi sang terang

Alun suara sang bayu
tidak segagah tika cerahnya

Gemalai tari
bebintang di awanan menambat sukma yang lara

Lara sang pungguk
berpanjangan tatkala rembulan silu menjengah

 

Masih kagat aku
termangu di kala kegelapan ini

Walau dibujuk kedinginan
malam nan suram tak tersuluh

Kesuma hati tidak
bisa dibujuk rayu tika keharuan

Bisa saja aku
lelapkan diri namun apatah daya jasad yang satu

Bisa sudah aku coba
cara pelbagai namun tiada menjadi

Apatah pudarkah sudah
harapan padaku?

Apatah salah bicaraku
pada sang sukma?

 

Lalu bagaimana bisa
harus aku harungi lagi?

Perlukah aku meratapi
tingkah yang tiada kesudahan?

Bila mana bisa tidak
lagi aku berpatah?

Apatah harus aku
tegar jejaki denai yang aku lalui?

Atau bisakah aku
merobah apa yang aku kerjakan?

Bisakah aku harungi
keributan onak sukma ini?

Aku tak berzina

Posted on by ajoilous.
Categories: Religion.

yuzly2001 menulis
- "Kami tidak berzina !…Maaf saya tidak menuduh
awak berzina ,tetapi awak menghampiri zina. …..Kami hanya barbual-
bual, berbincang,. Bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu
menghampiri zina?

Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan……
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah
itu…..Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap
kamu.Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus…. Ia
telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat
licik.

Ingat pesanan Rasulullah : "Janganlah engkau bersendirian denga
seorang wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan" (Tabrani) .

Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.…..Tidak semestinya semua
orang bercinta* menjurus kepada penzinaan.

Ada

yang bercinta dalam
telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan
menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi
perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan perasaan
serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan
pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan
berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada
zina tangan iaitu berpegang pegangan, ada zina mata iaitu melihat
kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan
berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah :
"Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua
kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga
berzina dan zinanya adalah ciuman" (muslim dan Abu Daud).
Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak…. Jangan
biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan…..

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!*
(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang
terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan.
Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah,
kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak
bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran
yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah
ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah
berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja….. Ni Study Group.*(bagi kes
berdua-duaan SAHAJA) Study Group…?
Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam

gaya

berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua.
Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-
duaan macam ni… betul ke bincang pelajaran? ….Jangan-jangan sekejap
saja bincang pelajaran, yang lain tu… banyak masa dihabiskan
dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.*
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-
apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada
nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada
nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group*, saling memberi semangat
dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis
sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina
kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya
dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat
berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk
bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia.
Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging)
adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak
normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan
itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan
oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini.

Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau
perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma
tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah
manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah
jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar
tanpa naluri atau nafsu. Tentu ada cinta secara Islam. Cinta secara
Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab

kabul

, cinta
selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta
yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila
Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang
lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan
sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih
baik.

Sabda Rasulullah :
"Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai
kecuali nikah" (Ibnu Majah).

Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik.
Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur
pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi
sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan
makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi
macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka
semakin hampir dengan penzinaan?

Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah
penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang
melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada
seekor nyamuk sekalipun! Masih ramai orang yang bercinta* tetapi
tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang
menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia.
Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi
perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tidak tahan diuji? …
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal
penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar
manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi
dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada
ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada
Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah:
"Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta
makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan
janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka
kamu adalah orang-orang yang zalim" (al-Araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri
perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah
dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga
dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya
akan kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek
moyang kita Adam dan Hawa. Tetapi cinta selepas kahwin banyak
masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah
untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta
penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-
masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar,
pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang
pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk.
Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan
semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan
bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar,
sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah
kahwin, lewat

lima

minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam
masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu
kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup
nanti…..Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha
Allah?
Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang
terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia……Manusia hanya merancang
kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat
anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak
diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui
proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini,
Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah
adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang
bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke?
Ganti bercinta
Semua itu adalah perangkap iblisdan syaitan. Hakikatnya adalah sama.
Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi
isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah
suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat
dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap
syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama
sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama.
Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang
bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh
Pencipta manusia.Orang yang
sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak
menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri,
tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan
orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan
kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu
ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta* hilang maruah?
Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta
seolah-olah

cuba

menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri
perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak
layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.
Allah berfirman:
"Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan
dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan
yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh
lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang
demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-
Nur: 3)
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin
dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu
penghinaan dari Tuhan.

Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin dengan orang yang
pernah bercinta* juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik
adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang
baik. Kami telah berjanji sehidup semati .Apa ada pada janji cinta?
Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap
pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja.
Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering
berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan
bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin
mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu
untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk
berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan
murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia
lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya pada pandangan
lelaki? *(tidak mengikut syariat)
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang
second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka
menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik
pameran sahaja.Tapi ada orang yang boleh test drive.

Ada

pula yang
kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap

bandung

,
bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada
walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti.
Mereka ada pasangannya.
Firman Allah:
"Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-
orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara
dirinya dari melakukan zina)… Allah telah menyediakan bagi mereka
segala keampunan dan pahala yang besar" (Surah Al-Ahzab: 35)

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah
serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk
mendapat redhaNya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah
bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-
benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:
1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak
diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang
menjurus diri dalam percintaan.
3.Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan
sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau
suami .Saatnya adalah selepas ijab

kabul

.
Ingatlah semakin bebas
pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar & kurang rasa cinta
setelah menjadi suami isteri.

Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa
hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima
taubat . Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan
keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat.
Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu
berdosa . Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang.
Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu
ini berdosa Amin , yarabbal alamin. Moga Allah terima taubat kita
Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh ,tidak kemana!

Ya Allah bantulah kami .Kini kami datang kepintuMu mencari redha-Mu.
Terimalah taubat kami.