Aku + Novel = ? ? ? ? ? ? ? ?

Posted on 16 February, 2009 by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

BUJANG SENANG : LAGENDA SEBUAH CINTA

  • Sinopsis - Sebuah novel klasik yang mengisahkan bagaimana Bujang Senang sebagai seorang peranakan Pusa, Saribas berjuang menentang kejahatan dan kemungkaran demi membebaskan tanahairnya daripada cengkaman kekufuran dan penindasan sekutu Iblis Laknatullah…dendam yang tiada kesudahan berlaku sedari beberapa keturunan sebelum kelahirannya lagi…kembara ceritera ini menyelongkar segala punca pertelingkahan yang berlaku dek manusia yang menyekutukan Yang Maha Esa dek bujukan Iblis Laknatullah….berbekal ilmu enteng duniawi dan ukhrawi yang diperturunkan oleh guru di pesantren di Tanah Jawa, Bujang Senang bersama Wali Kiya mengharungi hiruk pikuk dalam menegakkan Syiar suci dan mengembalikan ketenteraman di muka bumi Illahi ini…..
  • Ulasan/Komen - Novel klasik yang dipersembahkan mengikut citarasa penulisnya, Dr Idris Boi….masih mengekalkan elemen-elemen seperti pencak silat, kembara, syiar Islamiah dan kejahatan Iblis Laknatullah…imbauan masa lampau yang kerap kali digunakan mungkin boleh ‘membunuh’ konsentrasi pembaca yang perlu benar-benar ‘menjelmakan’ ceritera ini secara maya dalam kotak pemikiran…namun, ia merupakan suatu teknik dan cubaan yang menarik…selingan tersebut sedikit sebanyak dapat mencantumkan ‘cebisan-cebisan’ sandiwara yang cuba diketengahkan dalam ceritera ini…ia mampu membawa pembaca bukan sahaja menikmati pembacaan tetapi juga menjana kreativiti minda untuk ‘bekerja’ menjana jalan ceritanya…bagus…sesuai untuk mereka yang suka ‘menjana’ gambaran melalui minda!

Aku + Novel = ? ? ? ? ? ? ?

Posted on by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

MANTERA HITAM

  • Sinopsis - Ceritera tentang kembara alam nyata dan fantasi bermula dengan permainan Semangat Duit oleh remaja-remaja yang senantiasa kepingin untuk mencuba sesuatu yang baharu..perkenalan mereka di sebuah jambori unit berunifom membuka sayembara kisah ini…kelebihan yang dianugerahkan oleh Illahi kepada kenalan mereka yang dapat melihat ‘dunia yang satu lagi’ memungkinkan pengembaraan ini….gaya sembah pencak silat yang digambarkan amat menghiburkan….peperangan antara kebenaran dan kebatilan berterusan semenjak tercetusnya di langit pada waktu Adam AS dahulu…berjayakan gerombolan mujahid kebenaran? Ampuhkan benteng kebatilan?

Ulasan/Komen - Jalan cerita yang baik…penceritaan yang santai dan mudah untuk diasimilasi…membaca novel ini seumpama mengimbau kembali ceritera novel trilogi Ramlee Awang Ramlee yang menghidangkan elemen-elemen mistik, paranormal, alam yang satu lagi, dunia persilatan dan dakwah Islamiah…cuma lenggok gaya persembahan yang sedikit berbeda….tidak hairanlah jika ia mampu berbekas di dalam hati yang sememangnya dambakan klise yang sebegini…cumanya, penghujung novel yang boleh dikira post-klimaks seakan menjunam terus…umpamanya tergantung…sedikit kecewa terasa…namun, dibujuk hati dan intuisi kuat mengatakan bahawa ia bakal muncul kesinambungannya sedikit masa lagi….sementelahan, penulisnya juga perlukan jangka waktu untuk menzahirkan ilhamnya kepada suatu penceritaan yang bakal mengujakan pembacanya dari buah tangannya yang pertama…tak gitu?! Apa pun….selamat membaca….beli jangan tak beli! baca jangan tak baca! :-)

Aku + Novel = ? ? ? ? ? ?

Posted on 20 January, 2009 by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

CINTA SANG RATU

  • Sinopsis - Sunan kembali lagi….kali ini meneruskan kesinambungan bahagian pertama; Bagaikan Puteri….menetang kejahatan menegakkan kebenaran…Sang Ratu Sulaman a.k.a Ratna telah jatuh hati kepada Sunan sehingga sanggup membelakangi Maharani Pulau Utara a.k.a Ananta, ibu angkatnya yang mengasuhnya tentang ilmu sihir dan kehitaman hati….Ratna sanggup memeluk anutan Sunan semata-mata bukti cinta tulus hatinya yang sering kali ditegah mendakati cinta oleh Ananta…berkat takdir Yang Maha Esa; Sunan dan Ratna disatukan dek mengelak fitnah hasutan syaitan terkutuk…khabar duka tersebut memuncakkan murka Sang Maharani…seraya merencana ‘permainan’ menghapuskan Sunan dan mengembalikan Ratna ke sisinya….fitnah ditabur…intipan diseru…seteru alam ghaib dipuja…memohon bantuan mengalahkan Sunan…abad ke 21, berlakunya bencana maha dasyat…bencana tsunami melanda Aceh…mengakibatkan Dani, yang jatuh hati pada Haryani tetapi tidak diterima, dibuka hijab masanya oleh Yang Maha Arif, terhumban ke kurun ke 15…dijampi sihir oleh Maharani untuk kepentingannya sebagai pembunuh upahan dan dikenali sebagai Senggara…gah dipersada kejahatan, digeruni pengikut Maharani…penculikan Ratna oleh Sang Gagak seruan Maharani telah membawa Sunan mengembara ke Pulau Utara, tanah yang mempunyai iklim sejuk di sebelah utara dan iklim panas di sebelah selatan….pengembaraan Sunan juga telah mempertemukannya dengan makhluk-makhluk Yang Maha Agung yang lain seperti duyung dan Popin; umat yang wujud sebelum kelahiran manusia di muka bumi….
  • Ulasan/Komen - Kronologi Sunan : Cinta Sang Ratu….kalau Bagaikan Puteri; si Haryani yang kembali ke kurun ke 15, kali ini pula, si Dani yang ‘ada hati’ kt Haryani pula yang ‘dikembalikan’ ke kurun ke 15….al-maklum..si Dani ni keturunan Sunan belah Megat, abangnya!…kesnya kena badai tsunami di Aceh ketika mencari Keris Nanggreo milik Sunan…hai la nasib…rencah cerita sumer ader….ramuan-ramuan emosi semua ada….epik pertengahan bagi TRILOGI Bagaikan Puteri - Hijab Sang Pencinta….sangat bagus dibaca kesemuanya…baru tau ujung pankalnya…sodap hingga menjilat ‘wayang minda’….baca…baca…baca…jangan tak baca….beli….beli…beli…jangan tak beli….nanti korang akan tau apa kesudahan Haryani, Dani, Sunan dan antagonis-antagonisnya…..hehehehe…Peace to the World!

Aku + Novel = ? ? ? ? ?

Posted on by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

BAGAIKAN PUTERI

  • Sinopsis - Kisah pengembaraan Laksamana Sunan a.k.a Saifuddin yang membawa hati yang lara akibat dihukum oleh Penghulu Kampung Punggor a.k.a bapanya sendiri akibat fitnah Orang Kaya Seman…ditimp petaka tatkala berkelana, dijadiakn hamba pelayaran seterusnya diambil sebagai anak asuhan kepada Wali Sufi…diajar ilmu agama dan beladiri yang ampuh…sehingga epik kebaikan menentang kejahatan bermula….nama Laksamana Sunan gah di bumi Aceh dek kemasyhurannya menentang kejahatan yang bermula di Langit…Namanya sahaja cukup digeruni musuh-musuh yang tunduk kepada bisikan iblis & syaitan terkutuk….keperkasaannya terbukti tatkala menumpaskan Beragas, belaci syaitan akibat kejelikan dek kerana kemiskinan….khabar kekecundangan Beragas telah menyemat dendam saudaranya; Nyi Burga Kelara terhadap Sunan…seraya pelbagai macam helah direncana untuk menumpaskan Sunan…Kuasa Yang Maha Esa cukup terbatas untuk akal logik manusia menafsirkannya…dengan IzinNya, Haryani; marga abad ke 21 dibuka hijabnya untuk kembali ke kurun ke 15, menempah tinta sejarah bertemu Sunan seraya jatuh hati kepadanya dek kerana menjadi mangsa ‘permainan’ Nyi Burga Kelara tetapi terselamat dengan keperkasaaan Sunan…pengembaraan itu membawa Haryani menyaksikan dengan mata sendiri kelibat Hang Tuah yang tersohor…sekali lagi percaturan Nyi Burga Kelara ‘menjadi’ untuk melagakan Tuah & Sunan berkat perkenan sultan dalam sayembara bela diri…
  • Ulasan/Komen - Kronologi Sunan : Bagaikan Puteri; macam sedap jer bunyi nyer….flow citer - ok, ada kesinambungan, ada konflik, ada cinta, ada emosi, ada spiritual, ada segala-galanya…tragis, suspen, macam-macam lagi la…x rugi dok ngadap novel nie…ala-ala mengembara dalam ‘wayang minda’ genre pengembaraan epik…fuyooo! best tue…cayalah….syok!…baca..jangan x baca…beli…jangan x beli!

Aku + Novel = ? ? ? ?

Posted on 18 January, 2009 by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

Ungu Karmila

  • Sinopsis - Kisah romantis pasangan baru melangkah ke alam perkahwinan yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka dengan hadiah dari suami tercinta…sebuah banglow yang dibina khas (custom made)..yang terletak di sebuah perkampungan orang asli berhampiran Cameron Higland…Arif, sang suami seorang pakar bioteknologi yang suka akan flora berhasrat untuk menghasilkan spesis baharu untuk tujuan komersil…kawasan kediaman baharu mereka amat strategik untuk semua itu…namun…ada sesuatu yang bakal mereka ‘bayar’ untuk merealisasikan impian tersebut…larangan keras tok batin perkampungan orang asli kawasan tersebut tidak dihiraukan oleh Arif untuk meneroka hutan sekitar bagi mencari spesis baharu flora untuk tujuan komersil…lantas…spesis flora baharu yang ditemui dikacukkan dengan ros menghambat seribu satu petaka kepada ‘keharmonian’ kawasan tersebut….rona-rona bahagia bertukar kedukaan tatkala Arif sekeluarga bersama pembantu rumahnya ditemui mati di dalam rumah tersebut…misteri kematian mereka masih menjadi persoalan yang tidak dapat dirungkai oleh logik akal buat ketika itu…misteri makin menular apabila satu lagi nyawa terkorban akibat ‘mengganggu’ kediaman tersebut..kali ini pemuda marga perkampungan terbabit bernama Jikon pula yang menjadi mangsa sehingga menimbulkan perasaan ingin tahu adiknya bernama Ema yang bekerja sebagai pembantu makmal di sebuah universiti tempatan…satu-satunya marga kampung tersebut yang berjaya melanjutkan pengajian ke tahap tertinggi…kehadiran Ema telah membangkitkan kembali ’semangat’ rumah tersebut…maka bermulalah episod tragis yang menghambat keresahan dan ketakutan tidak kunjung putus…sebagai pakar bioteknologi dan penyelia Ema serta menaruh harapan kepada Ema, professor tempat Ema bekerja terpanggil untuk merungkai teka-teki yang melanda kawasan penempatan tersebut….sementara abang Arif, Arafat, mengumpulkan ‘bala tentera’ untuk menghapuskan ’semangat’ yang dipercayai menghuni rumah tersebut setelah sekian lama kisah duka dipendamkan….dalam proses ‘penyucian’ rumah tersebut, ’semangat’ yang menghuni rumah tersebut masih sempat menagih mangsa baharu buat santapannya…pengakhirannya…sungguh-sungguh-sungguh mengejutkan…apabila…..(baca sendirik la wei….penat aku nak ulas panjang-panjang….macam mana novel tu nak laris….)
  • Ulasan/Komen - Novel nie slalunye aku baca time larut-larut malam…awal-awal tue cam jiwang jer plot dier….so…ok la kan….tetibe je masuk time suspen tu yang tak tahan je…cam ader orang tengok aku baca je…cam suruh aku baca kuat-kuat lak….sapa orang tue?…hrmmm…KORANG la…wakakakkaa (ahaks)…..tapi memang best jalan citer dier…fuyooooo!…(bukan kempen DIGI ek?!)…bab-bab suram tue yang cokeng bulu roma sket..tp x byk la kot…sehelai dua je kot…wakakakaka….memang kena time ler..baca tgh2 malam wat per…baca la tgh pagi ker..tgh2 kolam ke…kolam?!…anyway..aku sarankan la bagi korang yang berjiwa heavymetal sentimental sakit mental supaya membaca novel nie…buat-buat obat ngantuk…x abih baca hari ni…sambung besok..so on..so on…huruf demi huruf, ayat demi ayat, perenggan demi perenggan & bab demi bab….sampei sudah….membaca amalan mulia….he~ha!

Aku + Novel = ? ? ?

Posted on 8 January, 2009 by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

Derap-Derap Tasbih

  • Sinopsis - Berkisar tentang rentak hidup seorang pemuda yang dibesarkan oleh keluarga Kiai tersohor di bumi Jogja, pengasas kepad rumah anak-anak yatim dan mempunyai seorang anak perempuan yang memendam hati kepada pemuda terbabit….pemuda yang aktif dalam bidang penulisan walaupun masih di bangku universiti dipamerkan sebagai seorang anak yang taat kepada agama dan keluarga…mempunyai luhur budi yang tinggi…tatkala luahan hati si anak Kiai tidak bersahut, lara wanita luluh seluluhnya…sehingga menjebakkan dirinya ke lembah hitam lagi hina…suatu peristiwa pahit yang berlaku tatkala Kiai dan isteri menunaikan seruan Illahi di Tanah Suci atas nazar seorang sahabat tatkala sembuh dari penyakitnya….atas dasar tanggungjawab yang diamanahkannya, si pemuda berusaha untuk menunaikan amanah tersebut seupayanya….namun, si gadis bertindak menjauhi si pemuda akibat madah kasih yang hanya bertepuk sebelah tangan sahaja…dalam usaha pemuda tersebut menunaikan amanahnya, takdir Illahi telah memekarkan kisah puitis kasih si pemuda…ekoran kemalangan yang dialami sewaktu mencari si gadis amanahnya, si pemuda tertarik hati dengan doktor pelatih yang merawatnya..si doktor yang berlatarbelakangkan kehidupan yang mewah dan moden sedikit sebanyak tersentuh hatinya tatkala meruntuhkan egonya untuk membeli dan menghayati novel yang diilhamkan oleh pemuda terbabit…berkali-kali si doktor tersebut membacanya…lantas menimbulkan bait-bait kasih sayang dan cinta terhadap pemuda tersebut….si doktor yang pada awalnya free hair..lantas berubah kepada si gadis yang sejuk mata memandang tatkala bertudung…manis dan ayu….dalam pada itu rahsia kehamilan si anak gadis Kiai terbuka hijabnya tatkala simtom-simtom awal kehamilan menghadirkan diri…Kiai sekeluarga dan pemuda terbabit coba merungkai konflik yang melanda..yang akhirnya terpaksa berhadapan dengan pengasingan kekeluargaan…si gadis Kiai terpaksa ditempatkan bersama saudara Kiai bagi mengelak semgketa yang mungkin berlaku sekiranya kehamilan itu terdedah kepada umum…cinta si pemuda dan si doktor….tersimpul jua akhirnya….
  • Komen/Ulasan - Novel tinta dari seberang yang mempunyai jalan cerita yang agak baik…cuma…firma yang menerbitkannya perlu mendapatkan khidmat PEMBACA PRUF dan pekerja yang mahir dalam struktur penulisan novel….terjemahannya boleh dikatakan bagus…cuma..terdapat banyak kesilapan taipan@ejaan…hampir setiap bab mengandungi kesalahan dari segi ejaan, susunan ayat dan perenggan….pada awal pembacaan…agak sukar untuk menghayati jalan ceritanya atas faktor-faktor tersebut…setelah berusaha dengan gigih dan ‘alah bisa tegal biasa’ dengan mainan rentak susun ayat-ayatnya, tidak begitu sukar untuk mengikuti ceritera tinta dari seberang ini…bagi yang betul-betul kepingin sesuatu yang segar dan berlandaskan dan berinspirasikan jalan Illahi…novel ini sesuai untuk santapan….tapi perlu berusaha untuk membiasakan diri dengan lenggok bahasa dan gaya penulisannya…salamat membaca…. :P

Aku + Novel = ? ?

Posted on by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

Hijab Sang Pencinta

  • Sinopsis - Kisah Laksaman Sunan yang hidup pada kurun ke 15 berjuang menentang kejahatang yang maha dasyat yang melibatkan kekufuran dan ilmu sihir…akidah yang terpesong cuba diperbetulkan…ketentuan Illahi menetapkan suatu pengembaraan yang cukup membuai keinsafan tatkala hijab ruang waktu disingkap…kejahatan yang berakar umbi seakan bersumpah sedari keengganan iblis laknat sembah sujud kepada Nabi Adam tidak pernah mengenal erti putus asa…rona marakĀ  api dendam dibawa hingga ke abad ke 21…seraya mana kejahilan insan yang tunduk kepada godaan syaitan membangkitkan semula antagonis yang dahulunya pada kurun ke 15 tidak terdaya menentang Laksamana Sunan yang tinggi iman dan ampuh pencak beladirinya….takdir menentukan pertemuan Laksamana Sunan dengan keturunannya pada abad ke 21…kewujudannya pada abad ke 21 adalah semata-mata untuk meletakkan noktah kepada hambatan kejahatan yang maha dasyat yang sedari kurun ke 15 mendendaminya…pengakhiran yang merungkai segala tinta sejarah disebalik hitam putih yang tercatat dalam kitab-kitab ilmiah…
  • Ulasan/Komen - Ada kisah disebalik novel ni sebenarnya…time tu..time nk bli novel Rrama la…1st novel yang aku bli n baca…time masuk kedai buku tue…bunting novel ni ada la terpampang kt kedai tue…time tu aku tengah sibuk dok pilih novel…yg Rrama tu menarik minat aku…bila aku kalih jer pandangan aku kat bunting tue…macam ada satu rasa lak…betui la kata orang…dari mata jatuh ke hati…aku seolah-olah terpana..terpesona..terpikat…semacam ada suatu ‘bebenang ilusi’ yang ‘mengikat aku dengan novel tu…tergagah-gagah aku dok perati rak-rak buku kt kedai tue….nk cari novel tue punya pasal la…alih-alih x dak pulak…membe aku yang baik hati ni pun tanya la kt kaunter bayaran tue…halamak…udah abis…time dengar jer cenggitu…aku cam kiciwa la gak…tp relaku pujuk dambaan perasaaan ini…x pe carik kat kedai lain…just nk menyedapkan hati dan perasaan je…udah2 baca…rupa2nye…novel tue sebenarnya adalah novel TRILOGI..novel apa…novel TRILOGI..skali lagi..novel apa?…novel TRILOGI…novel ni merupakan bahagian terakhir bagi TRILOGI tersebut…maknanya?!….maknanya…aku baca bhgn yang terakhir la…tapi best gak jalan citer dier…kira2 3/4 la kot dari bab2 dalam novel tu masih cerita pada kurun ke 15…the rest citer pada abad ke 21…so mcm ok la…boleh la dibayangkan dan diimiginasikan lagi…memang best..cam citer adventure gitu…ala2 lord of the ring pulak…hehehe..kalo la novel trilogi ni di-layar-perak-kan..x ke baguih…tp nk kena carik lokasi yang sesuai tu la yang gatal akar rambut kepala tue…tapi kalo hendak seribu daya boleh diusahakan…best gak kalo dapat difilemkan…adala genre action adventure fantasi….aku bole sarankan la korang2 sumer baca..x rugi…best gaban….

Bila Perahu Mudik Ke Hulu

Posted on 27 November, 2008 by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

Kala mulut berbicara

Tatkala runtun sepi berkunjung tiba

Tika sukma melambai sayu

Runtun irama syahdu membelai jiwa

——————————————————–

Tika saat seakan silu berlalu

Longlai suria menjengah tabir hari

Lenggok malas bayu samudera

Leka unggas menghambat neon

——————————————————–

Runtun kasih menagih sayang

Runtun budi menagih pekerti

Runtun suka menagih ria

Runtun duka menagih lara

———————————————————

Kristalisasi

Posted on 21 November, 2008 by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

Tatkala H bersua kembar O,

Resah gulana e- berlalu pergi,

Bersatunya dua entiti serumpun senorma,

Membentuk suatu entiti baharu kepada penghidupan.

———————————————————

Kian lama daku menghilang diri,

Kini kembali menyambung rungkaian,

Agar tidak terputus khabar terpisah berita,

Biar cakna kembali bertaut menyubur ikatan.

———————————————————-

Selangkah Ke Aras Penghidupan

Posted on 30 July, 2007 by ajoilous.
Categories: Uncategorized.

Di keheningan malam itu, agak sukar mata ini dikatup. Entah kenapa jiwa mudanya tidak keruan. Serba tak kena. Rempuhan demi rempuhan panca pilihan yang harus dilaksana dalam waktu yang singkat seakan mendesaknya untuk mematangkan akal dan pertimbangan. Seraya siang tadi dia menerima perkhabaran yang bakal menetukan langkahnya dalam penghidupan. Tatkala berkunjung tiba di penginapan, satu terjahan khabar menerpanya kembali. Untuk tika itu si dia berbagi kehendak. Dirinya yang satu kepingin khabar terdahulu namun, dirinya yang separa lagi merintih khabar yang kemudian. Si dia mencoba untuk memilih yang terbaik. Jenuh sudah benaknya mencongak-congak perhitungan yang bakal diambil. Si dia segan kecundang tatkala tersalah pilih. Namun, si dia akui bahwa mereka-mereka yang bangkit sesudah jatuh; lebih tegar dari kalangan yang tiada upaya untuk bangun. Sudahnya, jiwanya nekad untuk mencoba keduanya. Natijahnya, andai tewas pertama; kedua mampu menampung kekecewaan…..